Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuatu

Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(524)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
taja; menaja 1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu. tajaan sesuatu yg ditaja. penajaan perbuatan atau hal menaja. penaja orang yg menaja (mempelo­pori atau membiayai) sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menaruh1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tadah, = penadah bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. menadah menyambut sesuatu yg dilemparkan atau yg jatuh; menampung: Disediakan sebuah tong utk ~ air hujan. menadah­kan 1 menggunakan sesuatu utk mena­dah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah ta­ngan spt akan menyambut sesuatu. tadahan hasil menadah; sesuatu yg ditadah. penadahan perbuatan atau hal menadah; penampungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menurunkan1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menaja1 memulakan sesuatu anyaman atau tenunan. 2 berbuat sesuatu dr mula; memulakan sesuatu pergerakan dll; mempelopori: Syarikat tsb telah ditaja oleh beberapa orang intelek Melayu. 3 membiayai sesuatu rancangan, majlis, aktiviti dsb: Syarikat gergasi itu akan ~ majlis tsb sempena perayaan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
zat1 hakikat; wujudnya: ~ Allah. 2 sesuatu yg mewujudkan sesuatu benda atau yg menjadi bahagian drpd sesuatu yg lain; unsur (dlm kimia). 3 pati atau inti drpd sesuatu (spt makanan). ~ Allah wujudnya Allah, yg wujud dgn sendirinya. ~ hijau klorofil. ~ kapur kalsium. ~ larutan bahan yg larut dlm bahan lain. ~ makanan zat yg terdapat dlm makanan dan diperlukan oleh tubuh. berzat mempunyai atau ada zat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tanda1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan ke­terangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata ma­sukan yg terdapat dlm contoh peng­­gunaan, gabungan kata dll. ber­tanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 me­nyatakan atau me­­nunjukkan sesuatu; menjelaskan: Muka­nya masam ~ bahawa dia tidak ber­setuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tagih I; menagih berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. ke­tagih 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. 2 ingin atau suka benar akan sesuatu: Jika belum merokok, tak usahlah mencuba-cuba, nanti ~. ketagihan 1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu. penagihan perbuatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih: ~ dadah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menampungkanmenadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan mena­dahkan tangan (ketika berdoa).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menumpangkan1 menyuruh (membiarkan) tinggal atau bermalam di sesuatu tempat: Ahmad ~ anaknya di rumah seorang sahabat. 2 membiarkan menumpang sesuatu kenderaan (utk berpergian): Ia ~ barang-barangnya di kereta adiknya. 3 menaruh atau meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Ia ~ tangannya di atas bahu kawannya. 4 menyerahkan sesuatu supaya dijaga atau diurus; mengamanahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas