setem /setém/ | kepingan kertas bercap (yg ditampalkan pd sampul surat, surat perjanjian dll) sbg tanda bayaran pos atau cukai. | Kamus Pelajar |
setem | /setém/ kepingan kertas bercap (yg ditampalkan pd sampul surat, surat perjanjian dll) sbg tanda bayaran pos atau cukai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setem I | (setém) kertas kecil bergam, bergambar, dan mempunyai nilai (mata wang) tertentu yg digunakan sbg tanda bayaran pos, bayaran cukai surat perjanjian, dll; bersetem mempunyai setem: surat permohonan hendaklah disertai dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setem II | (setém) IB, bp 1. suara pengundi (dlm pilihan raya dll); 2. sama nadanya, selaras, setala; tidak ~ a) tidak sama nadanya; b) tidak sesuai (cocok); menyetem bp 1. membuang undi, mengundi; 2. menyamakan nada (dlm permainan muzik), menala; seteman bp pemungutan suara, pengundian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duti setem | duti yg dikenakan pd dokumen (spt surat perjanjian, dokumen pindah hak milik, dll) yg bayar dgn membeli dan mematikan setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak setem II | a) tidak sama nadanya; b) tidak sesuai (cocok); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersetem | mempunyai setem: surat permohonan hendaklah disertai dgn satu sampul surat yg beralamat sendiri dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prangko | Id 1. setem: hantaran itu datangnya dr seberang laut, dgn ~nya berhiaskan gambar tugu pahlawan; 2. telah dibayar belanja mengirim (barang dagangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepala raja | ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merekat | menjadi lekat; melekat: Setem ini tidak ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |