urus setia | 1. = pejabat ~ pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat); keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia | 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; tidaklah diragui lagi bahawa dia orang yg ~ kpd ketuanya; ~ lencana Id pingat tanda kesetiaan (dlm tentera); S~ Mahkota Johor nama bintang kehormatan yg dianugerahkan oleh Sultan Johor; ~ rahsia pembantu yg mengurus hal-hal peribadi dan urusan-urusan sulit, pembantu khas; bersetia mengaku setia, bermuafakat: lalu ~ dan berjanji penghulu Linggi itu dgn Bugis; kesetiaan perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; persetiaan perjanjian mengaku setia: jika akan mungkir drpd sumpah dan drpd ~ itu , janganlah bersembunyi-sembunyi; Matelieff menandatangani satu ~ baharu dgn Sultan Johor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia | 1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya. 2 (berpegang) teguh pd janji dll; taat dan patuh kpd pemerintah dll: Rakyat tetap ~ kpd kerajaan. bersetia mengaku setia. kesetiaan keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. persetiaan perjanjian yg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia: Sekarang tampillah tuan-tuan memilihnya dan membuat ~ dgnnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekretariat | (sékrétariat) 1. jawatan setiausaha; 2. pejabat setiausaha; 3. pegawai-pegawai atau jabatan yg diamanahkan utk menjaga rekod dan melaksanakan tugas-tugas kesetiausahaan, urus setia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cedera III | 1. mungkir janji, tidak setia, berkhianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mencedera(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cauvinisme | 1. sikap setia pd negara yg keterlaluan: mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; 2. rasa cinta yg keterlaluan kpd sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pukal | 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taat | 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd pemerintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setia | 1 amanah serta teguh hati dlm hubungan suami isteri (persahabatan dll); tidak berlaku curang: Isterinya itu tetap ~ kpdnya. | Kamus Pelajar |
khianat | 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau mencelakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato’ Bendahara; mengkhianati berbuat khianat kpd, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khianat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |