Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si] | سي

Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sis­tem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melaku­kan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ pen­jual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si] | سي

Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata si

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Si lalar si lalai.

Bermaksud :

Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah.

 

Lihat selanjutnya...(60)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
polan; si ~ si anu (sebutan kpd orang yg tidak diketahui namanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
anuorang (benda dsb) yg tidak disebut namanya: si ~ si polan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
upikMn = si ~ panggilan kpd anak perempuan: hai ~, baru kelmarin kau memakan garam dunia, kau belum tahu belit-belitnya; si ~ jantan perempuan yg berkelakuan spt lelaki; belum tentu si ~ si buyungnya prb belum tentu keputusan (kesudahan) sesuatu perkara.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelaran1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
gelar I1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat utusan datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
natisi bodoh, si tolol: hai ~, akulah raja.Kamus Dewan Edisi Keempat
menokohmempermainkan, memperolok-olok­kan, mengecoh, menipu: si pandai ~ si bingung;Kamus Dewan Edisi Keempat
anuorang (benda dsb) yg tidak disebut namanya: si ~ si polan.Kamus Pelajar
begian-begianbegini-begini (mempercakapkan orang dll): si anu pemalas, si anu dipukul oleh suaminya, si anu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tokoh IIkecoh, tipu; kena ~ kena kecoh (tipu), tertipu; menokoh mempermainkan, memperolok-olok­kan, mengecoh, menipu: si pandai ~ si bingung; penokoh orang yg suka mempermain-main­kan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas