siamang | beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siamang II | sj logam berwarna kelabu, tungsten. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siamang I | sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siamang | beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis | Kamus Pelajar |
kayu rembut | sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembut III | ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunyi I | 1. sesuatu yg kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia: ~ senapang; ~ burung; 2. suara alat muzik atau orang menyanyi (laras nada): ~ biola; alat ~; 3. lafaz, sebutan, pengucapan (dgn alat pertuturan): dua perkataan ini sama sahaja ~nya; 4. bacaan (surat dll), isi (surat, permintaan, dll): apa ~ surat ayah kita?; sungguhpun permintaan itu kecil ~nya, tetapi berat juga utk memenuhinya; ~ bahasa Id bunyi yg dipakai dlm sesuatu bahasa; ~ geser bunyi yg terjadi kerana udara keluar melalui celah yg sempit dll, geseran; ~ kembar (rangkap) Id dua bunyi yg diucapkan merangkap satu bunyi (bunyian dll); ~ letus bunyi yg terjadi kerana udara keluar dgn tiba-tiba (bunyi p dll), letusan; ~ sengauan bunyi yg keluar melalui hidung (bunyi ng dll); bagai ~ siamang kenyang prb banyak cakap kerana mendapat kesenangan; kerana mendengar ~ prb terpedaya kerana mendengar berita baik; setengah bagai ~ enggang, setengah bagai ~ kuau prb pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan); sebunyi serupa bunyinya: kata ~; surat ini ~ dgn surat yg sudah kita terima; berbunyi 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut;berbunyi-bunyi berbunyi berulang-ulang; membunyikan 1. menjadikan berbunyi, memainkan alat muzik: ~ loceng; 2. melafazkan, menyebut: ~ perkataan dgn jelas;bunyi-bunyian alat muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |