siapa | 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuathal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga; sesiapa siapa-siapa: ~ sahaja boleh menyertai peraduan ini; siapa-siapa 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg didapati bersalah, akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siapa-siapa | 1. orang yg tertentu: kakak tidak menunggu ~; 2. siapa juga, siapa pun: aku tidak mahu menyalahkan ~; 3. barang siapa, seseorang (orang yg tidak tentu): ~ yg didapati bersalah, akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siapa-siapa | 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siapa | 1 kata utk menanyakan orang yg mana atau utk menanyakan nama orang: ~ yg bernyanyi tadi?. ~ nama kamu? 2 kata utk menyebut orang secara umum: ~ yg makan cabai, dialah yg berasa pedas. siapa-siapa, sesiapa 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siapa-siapa, sesiapa | 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? | Kamus Pelajar |
mana-mana | 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapasiapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melejang | 1. menendang, menerajang, melompat sambil berlari (spt kuda); 2. bergerak dgn pantas ke atas ke bawah (spt omboh enjin dll); siapa ~ siapa patah prb siapa yg bersungguh-sungguh hendak akan sesuatu, dialah yg akan menanggung kesusahannya (kesulitan, kerugian, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuka | 1 tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2 tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkotek | 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mulamula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuka | 1. tidak tertutup lagi; sudah dibuka tutupnya. 2. tidak tersekat atau tidak terlarang; siapa-siapa pun boleh masuk. | Kamus Pelajar |