risalah | Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat, utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~ menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancaran | 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siaran | sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siaran | sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siaran | sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. | Kamus Pelajar |
radio | 1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat siaran | surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teleton | /téléton/ siaran khas yg panjang di televisyen, bertujuan utk memungut derma tabung kebajikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersiaran | mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radio | 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |