sibuk II | Mn; menyibuk mengintai, mengintip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
legak II | Kl sibuk (urusan), banyak kerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepoh II | (képoh) sibuk, loghat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malut II | ; kalut-~ kalut (sibuk) tidak keruan; kalut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelut II | Pr giat mengerjakan sesuatu, sibuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tungkus II; tungkus lumus | asyik atau sibuk mengerjakan sesuatu. | Kamus Pelajar |
repot II | (répot) IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm kesukaran, berabai, kalut, kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik; merepotkan menyebabkan repot; kerepotan kesibukan, kekalutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rintang II | 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat; merintang, merintang-rintang berbuat sesuatu utk menyenangkan hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang; ~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran menghilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu; perintang, perintang-rintang sesuatu yg dilakukan bagi merintang-rintang (hati, fikiran, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |