simbolisme | 1. penggunaan simbol (lambang) utk melahirkan atau menyampaikan sesuatu; 2. simbol(-simbol) atau lambang(-lambang) utk melahirkan sesuatu: seperkara yg begitu menonjol dlm tiga buah sajaknya yg lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang yg diterapkan bukanlah baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalkulus | kaedah perkiraan yg menggunakan simbol-simbol atau lambang-lambang algebra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aljabar Boolean(Boolean algebra) | Sistem deduktif yang menggunakan simbol-simbol logik seperti DAN, ATAU, TAK, JIKA dan sebagainya untuk menyatakan sama ada unsur litar logik tertutup atau terbuka dan sama ada sesuatu proposisi itu benar atau palsu. Aljabar ini diasaskan oleh George Boole (1815-1864) | Kamus Komputer |
trengkas | (tréngkas) kaedah menulis dgn cepat dgn menggunakan palitan-palitan yg mudah atau simbol-simbol lain sbg menggantikan huruf, perkataan atau frasa; ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah menulis dgn cepat, stenografi; mengambil ~ membuat catatan sesuatu yg direncanakan (spt surat dsb) dlm tulisan trengkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula kimia | (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod | 1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kod I | 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersembunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbol umpukan(assignment symbol) | Simbol yang digunakan sebagai pengendali umpukan untuk memberi nilai pada pemboleh ubah atau rangkap. Dalam beberapa bahasa pengaturcaraan, simbol `=` digunakan. Bahasa Pascal menggunakan simbol `:=` sebagai pengendali umpukan. | Kamus Komputer |
simbol grafik(graphic symbol) | Simbol yang digunakan untuk menunjukkan komponen dalam gambar rajah. Simbol grafik digunakan bukan untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian komponen tetapi untuk menunjukkan tugas komponen tersebut. | Kamus Komputer |
simbol catatan(annotation symbol) | Simbol yang digunakan untuk menyatakan tambahan catatan atau keterangan pada carta alir atur cara dengan menggunakan garis putus yang disambung pada simbol carta alir yang berkenaan. | Kamus Komputer |