selisih basah | simpang-siur (perahu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpang-siur | 1. terlalu banyak dan silang-menyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana berliku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehanyutan | perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih | 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseluk | 1. berbelit antara satu dgn yg lain (akar dll), belit-membelit: pucuk berhem-pas akar ~; 2. dibelitkan atau dililitkan dgn (selendang dll); 3. berbelok, berkelok; 4. silang-menyilang tidak keruan (jalan dll), simpang-siur; ~ tanda bertukar tanda (orang bertunang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluk II | Mn belit, lilit, keluk; ~-semeluk belit-membelit, kait-berkait; berseluk 1. berbelit antara satu dgn yg lain (akar dll), belit-membelit: pucuk berhem-pas akar ~; 2. dibelitkan atau dililitkan dgn (selendang dll); 3. berbelok, berkelok; 4. silang-menyilang tidak keruan (jalan dll), simpang-siur; ~ tanda bertukar tanda (orang bertunang); memperselukkan membelitkan, menyilang-kan (tangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang-siur | 1. bersimpang-siur (jalan raya dll), simpang-menyimpang, saling merintangi; 2. hilir mudik (kenderaan dll), bersimpang-siur; bersilang-siur bersimpang-siur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siur I | ; silang-~, simpang-~; ®silang, simpang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpang | ~ -siur a. bergerak ke sana ke mari dgn sibuknya (bkn kenderaan di jalan raya dsb). b. silang-menyilang kerana terlalu banyak (bkn jalan raya, kawat telefon dsb). | Kamus Pelajar |
hanyut | 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |