Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : barang-barang yg dibawa kpd sese-orang (sbg tanda penghormatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pinang
Kata Terbitan : meminang, pinangan, peminang,

Puisi
 

Buah keranji buah delima,
     Mari letak atas meja;
Sirih pinang sudah kuterima,
     Tanda jadi kita berdua.


Lihat selanjutnya...(43)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sirih pinangbarang-barang yg dibawa kpd sese-orang (sbg tanda penghormatan);Kamus Dewan Edisi Keempat
epok I(épok) sj kampit kecil bertutup yg dianyam drpd mengkuang dll utk bekas sirih (pinang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kawan sirihapa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar);Kamus Dewan Edisi Keempat
kawan1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jerkat; pinang ~ pinang muda yg dimakan dgn sirih.Kamus Dewan Edisi Keempat
sirih Isj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper cani­num; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (cur­tisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyro­phyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argy­rites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyak­nya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh ke­untungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendak­kan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu ke­mudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih.Kamus Dewan Edisi Keempat
lesung pinanglesung tempat menumbuk pinang dan sirih supaya lumat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sirih sekapursirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
sirih sekapur (setampin)sirih yg lengkap dgn kapur, gambir, pinang dsb dan telah berlipat (sedia utk dikunyah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas