sisik II | ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmodium heterophyllum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barik II | ; pokok ~ sisik putih sj tumbuhan (pokok), Desmodium triflorum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebal II | ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siang II | 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. | Kamus Pelajar |
naga II | ; ~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ setu sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides; rumput sisik ~ sj tumbuhan (herba), Desmodium heterophyllum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siang II | terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). menyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paku II | ark = ~ pakis sj tumbuhan yg tidak berbunga, pakis; ~ acu Kl, Tr sj tumbuhan spt paku pakis, Cycas rumphii; ~ cai (sumpah) sj tumbuhan, Pleopeltis nigrescens; ~ ikan (lipan, ubil, ulat), Blechuum orientale; ~ mega (padang, pelanduk, unkut) sj tumbuhan, Ptreis ensiformis; ~ sisik sj tumbuhan, Adiantum spp.; ~ tanjung sj paku yg tumbuh di rawa, Diplazium esculentum; betapa pun lurus ~, hujungnya berkelok juga prb seseorang yg jahat, walaupun baik rupa perkataan dan kelakuannya, hatinya jahat juga; kelok ~ asam (kacang) belimbing, anak di pangku kemanakan dibimbing Mn prb anak dan anak saudara mestilah sama-sama dijaga (dididik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |