videoteks | /vidéotéks/ sistem maklumat elektronik reaktif yg mengandungi perkhidmatan berita, mel elektronik, perbankan, laporan saham dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
videoteks | (vidéotéks) sistem maklumat elektronik interaktif yg mengandungi perkhidmatan spt berita, mel elektronik, perbankan, cuaca dan laporan saham. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
AGMARIS | akronim bagi Agriculture Marketing Information Systems (Sistem Maklumat Pemasaran Pertanian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MIS | Singkatan bagi management information system, iaitu sistem maklumat pengurusan. | Kamus Komputer |
sistem maklumat(information system) | Sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat. | Kamus Komputer |
pertanyaan saling tindak(interactive query) | Tindakan pengguna untuk mendapatkan maklumat daripada pangkalan data atau sistem maklumat dengan saling bertindak secara langsung dengan sistem. | Kamus Komputer |
pemerolehan data(data acquisition) | Proses memperoleh maklumat oleh suatu sistem daripada sistem yang jauh. Maklumat tersebut ditukarkan kepada maklumat digital dan boleh dicetak untuk kegunaan penyimpanan rekod atau tugas penyeliaan, atau sebagai rekod maklumat pengujian. | Kamus Komputer |
atur cara aluan(greeting program) | Atur cara yang dilaksanakan oleh sistem sejurus selepas sistem dihidupkan. Atur cara ini akan memaparkan maklumat tentang sistem pada skrin pengawas video serta mengalu-alukan pengguna untuk menggunakan sistem. | Kamus Komputer |
interaktif | 1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ASCII | Singkatan bagi American Standard Code for Information Interchange, iaitu Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat. Skim pengekodan aksara yang digunakan dengan meluas dalam pertukaran maklumat oleh sistem komputer dan sistem komunikasi. | Kamus Komputer |