sita | 1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau perihal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sita II | sl putih bersih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sita I | ark 1. tuntutan mahkamah; 2. = penyitaan perihal mengambil (menahan, merampas) barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis; menyita merampas (mengambil, menahan) barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: sekalian barang itu telah disita dan dijaga baik-baik oleh tentera; sitaan (barang dll) yg disita; penyita orang yg tugasnya menyita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat sita | surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbunyi | sl bersembunyi: maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunyi II | ; berbunyi sl bersembunyi: maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga; membunyikan sl menyembunyikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berketahuan | tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenjas | melompat bangun dgn marah, menunjukkan marahnya (dgn bangun dr tempat duduk dll): maka Tuan Puteri Sita Dewi pun terlalu marah di dlm hatinya, lalu bangkit ~ masuk ke dalam peraduannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renjas | Pn; merenjas melompat bangun dgn marah, menunjukkan marahnya (dgn bangun dr tempat duduk dll): maka Tuan Puteri Sita Dewi pun terlalu marah di dlm hatinya, lalu bangkit ~ masuk ke dalam peraduannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menaikkan | 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |