sivil | 1 berkaitan dgn orang awam atau orang biasa; berkaitan dgn rakyat sbg orang perseorangan: hak ~. 2 berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sivil | 1. berkaitan dgn orang awam atau orang biasa, berkaitan dgn rakyat sbg orang perseorangan: para pemimpin autoritarian gemar mencari alasan utk mengurangkan hak ~ dan politik; pentadbiran kehakiman ~ yg kita warisi drpd sistem kehakiman Inggeris; 2. (Udg) berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak sivil | hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
plaintif | pihak yg mendakwa (dlm kes sivil yg dibawa ke mahkamah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tort | (Udg) salah laku (yg tidak melibatkan pelanggaran kontrak) yg boleh dikenakan tindakan sivil, spt ganti rugi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntutan balas | (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menuntut balas | a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, terutamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntut | ; menuntut 1. meminta dgn mendesak (supaya dilakukan, dipenuhi, dll): pekerja-pekerja ~ supaya dinaikkan gaji; 2. meminta supaya dijelaskan (hutang dll), menagih hutang: pekedai-pekedai tidak berani lagi ~ hutang drpd pelanggan-pelanggan mereka; 3. hendak memulangkan kembali perbuatan yg telah dilakukan kepada seseorang, hendak mengimbangi kembali (kejahatan orang dll), melakukan sesuatu yg setimpal: perbuatan si dajal itu mesti dituntut; 4. mempertahankan (hak atas sesuatu), menjaga, memelihara: hak pengarang dituntut; 5. berusaha dgn keras (utk mendapatkan sesuatu), bekerja sungguh-sungguh (utk mencapai tujuan dll): mereka telah banyak mengorbankan tenaga dan harta dlm perjuangan mereka ~ kebebasan itu; 6. berusaha utk mencari ilmu (pengetahuan dll), mempelajari: anak-anaknya dihantar ~ ilmu ke tempat yg lebih maju; 7. mewajibkan, mengharuskan, menjadikan kemestian (agar dilakukan dsb sesuatu): kita hendaklah menunaikan kewajiban kita spt yg dituntut oleh agama kita; isinya tidak ~ kita berfikir jauh; 8. membawa perkara ke mahkamah (utk diadili), mendakwa: mereka yg melanggar undang-undang negara akan dituntut; 9. sl menuju ke, menghala ke; ~ balas a) membalas sesuatu perbuatan, membalas dendam; b) (Udg) membuat sesuatu tuntutan yg menentang tuntutan lain, ter-utamanya dlm tindakan sivil oleh defendan terhadap plaintif; ~ bela membalas dgn mem-bunuh seseorang yg telah membunuh orang lain; ~ dakwa mengemukakan pengaduan kpd hakim; ~ janji meminta supaya menepati janji; ~ maaf meminta maaf; ~ malu membalas sesuatu perbuatan jahat yg memalukan; tuntutan sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya berhak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; ~ balas (Udg) tuntutan yg dibuat bertentangan dgn suatu tuntutan lain, terutamanya oleh defendan terhadap plantif dlm sesuatu tindakan sivil; penuntutan perihal menuntut (meminta): ~ gaji sama, perbaikan nasib wanita-wanita yg malang, semuanya harus mendapat perhatian yg lebih berat drpd pemerintah; ~ darah penuntutan bela; penuntut 1. orang yg menuntut (perkara), pendakwa: ~ takhta; ~ umum Id pegawai undang-undang yg mendakwa, pendakwa raya; 2. orang yg belajar (mencari ilmu), murid, pelajar: ~ sekolah menengah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |