skema /skéma/ | rancangan (rajah dsb) bkn sesuatu. | Kamus Pelajar |
skema | /skéma/ rancangan (rajah dsb) bkn sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skema | (skéma) rajah (rancangan dsb) yg perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yg teratur: ~ tatacara pembentukan istilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skema pengekodan(coding scheme) | Kaedah kerja dan bentuk kod yang digunakan bagi sesuatu sistem kod. | Kamus Komputer |
skema elektrik(electrical schematic) | Gambar rajah susunan dan penyambungan komponen bagi litar yang boleh dijana oleh sistem CAD. | Kamus Komputer |
silogisme | skema atau analisis logik yg dibuat berdasarkan premis umum dan khusus utk mendapatkan sesuatu kesimpulan (mis perempuan beranak, Aminah adalah perempuan, maka Aminah akan beranak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seket | (sékét) bagan, lakar, skema. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesepadanan | keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambar rajah pengkabelan(cabling diagram) | Gambar rajah skema yang menunjukkan kedudukan fizikal dan sambungan kabel di antara sistem. Gambar rajah ini digunakan sebagai rujukan untuk memasang atau memperbaiki sambungan kabel dalam sistem. | Kamus Komputer |
padan I | 1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; sepadan kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik; memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbezaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll); memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaraskan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk mengetahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. memberikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |