skrin sentuh | ist skrin komputer yg membolehkan pengguna membuat arahan kpd komputer dgn cara menyentuh skrin tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skrin tak silau(non-glare screen) | 1. Skrin yang diletakkan di hadapan kaca pengawas video untuk mengurangkan silau cahaya daripada mengganggu mata pengguna sistem. 2. Skrin pengawas video yang mempunyai kemampuan mengurangkan silau. | Kamus Komputer |
penyalut skrin tak memantul(non-reflective screen coating) | Penyalut skrin pengawas video yang diperbuat daripada bahan yang tidak memantulkan cahaya. Penyalut ini diletakkan di hadapan skrin pengawas video untuk mengurangkan silau pada pengguna. | Kamus Komputer |
skrin terpeta bit(bit mapped screen) | Skrin paparan yang dibahagi-bahagikan kepada petak yang disebut piksel. Piksel ini pula dikaitkan secara langsung dengan suatu kawasan ingatan paparan dalam ingatan utama komputer. Untuk melukis objek pada skrin, komputer hanya perlu menulis data ke dalam ingatan. | Kamus Komputer |
tetingkap | ist kawasan bersegi empat pd skrin komputer yg memaparkan data (gambar atau teks) komputer. ~ aktif ist tetingkap pd skrin komputer yg sedang digunakan. ~ tak aktif ist tetingkap pd skrin komputer yg tidak digunakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skrin rata | ist monitor komputer, televisyen dsb yg berbentuk panel nipis, mempunyai permukaan yg rata, dan ringan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skrin | 1. sekat (tabir dll); 2. permukaan yg rata berupa kaca dsb (pd televisyen, monitor komputer dsb) tempat memaparkan gambar, teks, grafik dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skrin grafik(graphic screen) | Permukaan paparan untuk menayangkan output grafik janaan komputer. | Kamus Komputer |
skrin | 2 permukaan yg rata pd televisyen dll tempat gambar dpt dilihat. | Kamus Pelajar |
skrin | 1 tabir yg dpt digerak-gerakkan utk melindungi sesuatu dsb. | Kamus Pelajar |