pancaraja | sl; ~ diraja sl alat (tempat) mengusung jenazah raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wak III | sl; Seri W~ Raja sl gelaran utk pembesar (kerajaan Melaka). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puspawarna | 1. sl warna bunga; 2. sl berwarna-warna, berbagai-bagai, bermacam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjuru II | 1. sl polis, perajurit; 2. sl gagah berani, pemberani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sida | sl gelaran orang drpd keturunan bangsawan; sida-sida sl 1. pegawai dlm istana (semacam pendeta); 2. pegawai dlm istana yg telah dikasi (dikembiri); menyidai sl mengasi, mengembiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piatu | 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wijaya | (Sanskrit) sl kemenangan, menang; ~ mala (mulia, kesuma) sl sj bunga sakti yg dipercayai boleh menghidupkan orang mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rata II | sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wilis | Jw, sl biru kehijau-hijauan, hijau tua, ratna ~ sl permata yg hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |