soal selidik | sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maklumlah | tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maklum | 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
soal | 1. soalan: ~ semacam itu tidak perlu dijawab; 2. hal atau perkara (yg sulit atau rumit), masalah: ~ wang perlu difikirkan sedalam-dalamnya; ~ tarian dan pelajaran mendapat tempat istimewa dlm perbualan kami; ~ pokok hal (perkara) yg penting atau utama; ~ selidik sejumlah soalan yg dikemukakan secara berterusan dlm borang tertentu utk dijawab oleh sebilangan orang dlm usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu; bersoal mengemukakan soal, bertanya; menyoal mengemukakan pertanyaan, memberi soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila didapatinya soalan tadi tidak mendapat jawaban; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; menyoalkan menanyakan sesuatu kpd; mempersoalkan mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; soalan sesuatu yg ditanyakan (dlm peperiksaan dll), pertanyaan: jawab lima drpd tujuh soalan yg di bawah ini; ~ bocor soalan (peperiksaan, ujian dsb) yg sudah diketahui sebelum peperiksaan, ujian dsb dijalankan: mereka mendapat ~ bocor SPM drpd pemuda itu; ~ ramalan soalan yg diramalkan akan keluar atau ditanyakan dlm peperiksaan, ujian dsb: dlm saat-saat akhir ini, Siti mahu memberi perhatian kpd ~ ramalan serta tip yg diberi oleh guru. persoalan 1. sesuatu yg dipersoalkan, masalah: semakin hari ~ wanita semakin menjadi bertambah menarik; 2. pembicaraan, perbahasan, perbincangan; penyoalan perihal atau perbuatan menyoal atau menyoalkan: cerpen ini berakhir dgn ~ terhadap dirinya; penyoal orang yg menyoal atau mengemukakan soalan: soalan yg dikemukakan oleh ~ itu sukar difahami oleh responden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |