perisian(software) | Bahagian sistem komputer yang berfungsi menjalankan sistem, dan terdiri daripada cara, rutin, subrutin, dan suruhan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan. Penghimpun, penyusun, penjana, dan sistem pengendalian digolongkan sebagai perisian. Bandingkan perkakasan. | Kamus Komputer |
tindanan perisian(software stack) | Kawasan dalam ingatan yang telah diperuntukkan oleh atur cara untuk memegang data kelolaan yang perlu disimpan untuk sementara waktu kerana melayan sampukan, lelaran, atau subrutin. | Kamus Komputer |
spesifikasi perisian(software specification) | Kenyataan yang terperinci tentang apa yang perlu dikerjakan oleh bahagian bungkusan perisian komputer. Menurut spesifikasi ini, yang penting ialah apa yang perlu dilakukan oleh perisian, bukannya bagaimana ia harus dilakukan. | Kamus Komputer |
sampukan perisian(software interrupt) | Sampukan yang boleh dijanakan dari dalam atur cara melalui penggunaan suruhan tertentu. | Kamus Komputer |
prototaip perisian(software prototype) | Perisian awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perisian awal ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum bungkusan perisian sebenar dikarang dan disebarkan kepada umum. | Kamus Komputer |
penilaian perisian(software evaluation) | Proses yang dilakukan untuk menilai dan membuat keputusan tentang prestasi perisian komputer. | Kamus Komputer |
pemprototaipan perisian(software prototyping) | Pembinaan perisian awal untuk penggunaan tertentu bagi membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna supaya bungkusan perisian sebenar yang diperlukan dapat dikarang dan disebarkan kepada umum. | Kamus Komputer |
pemacu perisian(software driver) | 1. Atur cara yang bertugas untuk mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan. Peralatan yang berbeza-beza memerlukan pacuan yang berasingan. 2. Perisian yang digunakan untuk menggerakkan perisian lain. | Kamus Komputer |
pakej perisian(software package) | Kumpulan atur cara dan dokumen berkaitan yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas tertentu dan membentuk sistem perisian yang bersepadu. | Kamus Komputer |
kunci perisian(software key) | Kod yang perlu digunakan untuk membuka atau menutup fail sulit yang telah dikodkan. Bandingkan kunci perkakasan. | Kamus Komputer |