pongah I | sangat sombong, angkuh, bongkak, congkak: dgn ~ engkau membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah; berpongah-pongah berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong; memongahkan menyombongkan, memperagakan, memperlagakkan; kepongahan keangkuhan, kecongkakan, kesombongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpongah-pongah | berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lantam II | bongkak, congkak, sombong; melantamkan berasa sombong (megah, bangga, dll); kelantaman perihal lantam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congkak I | sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sombong | menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bongkak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau berlaku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan menyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri meninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sombong | tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah: hanya orang yg ~ dan bongkak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesarbesarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: jangan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka menyombong). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sombong | ~ diri meninggi-ninggikan (memegahkan) diri. | Kamus Pelajar |
sombong | menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bongkak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. | Kamus Pelajar |
sombong | kesombongan sifat sombong; keangkuhan. | Kamus Pelajar |
sombong | menyombong berkelakuan atau berlaku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan menyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kek | Kamus Pelajar |