balik | 1 pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam. 2 bahagian yg di sebelah belakang: Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu. 3 sekali lagi; semula: Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul. 4 tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang. berbalik 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu. terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung. menterbalikkan meletakkan terbalik: Apabila kita ~ angka , maka jadilah . balikan sesuatu yg dibalikkan: Cahaya bulan ialah cahaya ~. kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: ~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin. pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli. sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
songsang I | 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll), membalikkan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ara | 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik I | 1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
balik | 1. pergi ke rumah atau ke kampung sendiri; pulang: <i>Semalam, ayah ~ dr pekan pukul 10.00 malam.i> 2. bahagian yg di sebelah belakang: <i>Adik saya yg nakal itu menyorok di ~ pintu.i> 3. sekali lagi; semula: <i>Kalau kamu dapati jawabnya salah, kiralah ~ sampai betul.i> 4. tidak mengikut arah yg sepatutnya; songsang: <i>ayam bulu ~ ayam yg bulunya songsang.i> berbalik 1. bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: <i>Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah.i> 2. berubah ke bentuk asalnya: <i>Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air.i> 3. timbul atau datang kembali (bkn penyakit). membalikkan 1. memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: <i>Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari.i> 2. mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: <i>Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap.i> membalik-balikkan sering membuka-buka (buku dsb): <i>Ia duduk di kerusi sambil ~ lembaran majalah bergambar itu.i> terbalik menjadi songsang letaknya (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah): <i>Sebuah lori balak telah ~ di Batu 15 Jalan Bentung.i> menterbalikkan meletakkan terbalik: <i>Apabila kita ~ angka 3/4, maka jadilah 4/3.i> balikan sesuatu yg dibalikkan: <i>Cahaya bulan ialah cahaya ~.i> kebalikan sesuatu yg bertentangan; lawan. pembalikan perbuatan atau hal membalikkan: <i>~ cahaya dpt kita lihat dgn menyuluhkan lampu ke cermin.i> pembalik alat yg digunakan utk membalikkan sesuatu: <i> ~ cahaya yg baik sekali ialah cermin keluli.i> sebaliknya berbeza atau berlain drpd yg disebut dahulu: <i>Kalau saya melakukan kebaikan, maka tolonglah saya, ~ kalau saya melakukan kejahatan, betulkanlah saya.i> balik alih; membalik alih mengalih letak sesuatu supaya terbalik (songsang) keadaannya. | Kamus Pelajar |
nyarang | 1. sj tumbuhan (rumpai), Cythula prostrata; 2. = ~ songsang sj tumbuhan (rumpai yg dibuat ubat), Achyranthes aspera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beringin | 1. sj tumbuhan (pokok), ara, waringin, Ficus benjamina; 2. = ~ songsang gambar pokok terbalik pd bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakwah | 1. kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan; golongan ~ golongan (kumpulan) yg bergiat dlm dakwah; ~ songsang bp penyampaian atau penyebaran ajaran yg bertentangan dgn syariat-syariat Islam; 2. bp patuh kpd (mengikut) ajaran agama Islam dgn lebih sempurna (sebagaimana yg kelihatan pd tingkah laku dan pergaulan, cara berpakaian, dll): dulu dia selalu bergaul bebas dan berpakaian moden tetapi sekarang ini sudah ~; berdakwah menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan; mendakwahi berdakwah kpd: Tok Haji cuba ~ pemuda-pemuda yg berambut panjang itu; mendakwahkan menyebarkan sesuatu kepercayaan: Rasulullah ~ Islam sbg Din yg menjamin tamadun manusia; pendakwahan perihal mendakwahkan, penyebaran atau penyampaian ilmu agama: tamadun yg tidak berasaskan tauhid, tidak terlepas drpd menjadi objektif ~ golongan fundamentalis; pendakwah orang (golongan) yg berdakwah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arah | 1. hala yg dituju; jurusan: <i>Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jami> arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2. tujuan; maksud: <i>berkata tidak tentu ~i> berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: <i>Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut.i> mengarahkan 1. menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: <i>Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami.i> 2. mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: <i>Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu.i> 3. memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: <i>Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu.i> arahan 1. pimpinan; kelolaan: <i>Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim.i> 2. perintah: <i>Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun.i> pengarahorang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): <i>~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.i> | Kamus Pelajar |