songsangan | sesuatu yg songsang letaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
songsangan | sesuatu yg tersongsang, kebalikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
songsangan | sesuatu yg songsang letaknya. | Kamus Pelajar |
pelengkap(complementer) | Songsangan logik kepada isyarat atau bit. Misalnya, lengkapan bagi bit 1 ialah 0 dan lengkapan bagi bit 0 ialah 1. | Kamus Komputer |
songsang | songsangan sesuatu yg songsang letaknya. | Kamus Pelajar |
pengendali pelengkap(complementary operator) | Peranti logik seperti TAK, TAK DAN, dan TAK ATAU yang berfungsi memberi output yang merupakan songsangan kepada output pengendali biasa. | Kamus Komputer |
frekuensi(frequency) | 1. Pengayunan lengkap dalam suatu tempoh bagi unsur berkala, seperti isyarat elektrik, yang dinyatakan dalam unit Hertz. 2. Songsangan masa, f = 1/T. 3. Sifat atau nilai kewujudan berulang kali sesuatu unsur dalam keadaan atau pensampelan tertentu. | Kamus Komputer |
get TAK(NOT gate) | Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya. | Kamus Komputer |
songsang | terbalik keadaannya (yg di atas terdapat di bawah, yg di depan terdapat di belakang dll). menyongsang dlm keadaan terbalik (bkn letak atau duduk sesuatu): tidur ~. menyongsangkan menjadikan atau meletakkan sesuatu menyongsang. songsangan sesuatu yg songsang letaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
songsang I | 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll), membalikkan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |