sport | bp sukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta sport | kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta sport | sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sportif | IB 1. mempunyai semangat sport (jujur dll); 2. cergas, tangkas, gagah: ada pemuda-pemuda ~ yg berlatih berlari dgn hanya memakai pakaian dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemeja silir | sj kemeja yg berbelah leher depannya, kemeja sport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silir II | ; kemeja ~ sj kemeja yg berbelah leher depannya, kemeja sport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oto sedan | motokar yg tertutup bumbungnya (tidak dapat dibuka-buka spt pd motokar sport). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oto I | Id motokar; ~ gerobak lori; ~ sedan motokar yg tertutup bumbungnya (tidak dapat dibuka-buka spt pd motokar sport). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kereta | /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kereta | (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakaran); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg digunakan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |