stabilisasi | IB usaha utk menjadikan stabil (tetap), penstabilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penstabilan | proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stabil | I 1. tidak berubah-ubah atau turun naik dsb dgn kerapnya (bkn harga dll); 2. tidak bergoyang (bkn kenderaan dll); 3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (bkn keadaan politik dsb): politik yg ~; menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan: menjual sedikit-sedikit utk ~ harga, jangan membanjiri pasar dgn sekali gus; kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dll) kemantapan, stabiliti: kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara; ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dll), stabilisasi, pemantapan; penstabil alat (faktor dll) utk menstabilkan (ekonomi, harga, dll), pemantap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |