statik | tidak ada perubahan apa-apa; tidak bergerak: Pasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil. menstatikkan menjadikan atau menyebabkan statik. kestatikan keadaan statik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
statik | tidak ada perubahan apa-apa; tidak bergerak. | Kamus Pelajar |
statik | berada dlm keadaan tidak aktif (tidak bergerak-gerak, tidak berubah), tidak berubah (tingkatan kemajuan dll): dasar pemerintah zaman itu ialah mengekalkan satu masyarakat yg ~; pasaran saham menjadi ~ apabila keadaan politik tidak stabil; menstatikkan menyebabkan statik; kestatikan perihal, keadaan atau sifat statik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
statik(static) | 1. Tidak berubah atau tidak mampu berubah mengikut perubahan masa. 2. Cas elektrik statik yang boleh merosakkan litar komputer. | Kamus Komputer |
alas antistatik(antistatic mat) | Alas yang diletakkan di sekeliling peranti yang peka terhadap statik, seperti unit cakera, untuk mengelakkan gangguan statik yang mungkin merosakkan data. | Kamus Komputer |
spesifikasi statik perakam(recorder static specification) | Penentuan teknik tentang perakam x-y yang boleh ditentukan daripada ciri-ciri elektriknya, seperti ciri ketepatan dan kepekaan. | Kamus Komputer |
peruntukan statik(static allocation) | Peruntukan bagi suatu proses yang tidak boleh diubah semasa proses tersebut sedang berjalan. | Kamus Komputer |
longgokan statik(static dump) | Longgokan ingatan yang dilakukan pada satu titik tertentu yang telah ditetapkan dalam atur cara. Longgokan ini biasanya berlaku di hujung pelaksanaan atur cara. | Kamus Komputer |
ingatan statik(static memory) | 1. Peranti ingatan yang mengandungi maklumat tetap. 2. Peranti ingatan yang tidak memerlukan penyegaran semula. 3. Peranti ingatan yang tidak mengandungi sebarang bahagian mekanik yang bergerak. | Kamus Komputer |
kestatikan | keadaan statik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |