subjektif /subjéktif/ | mengikut pandangan serta perasaan sendiri; pandangan atau pendapat yg dipengaruhi oleh sesuatu. | Kamus Pelajar |
subjektif | (subjéktif) terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting; kesubjektifan keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subjektif | /subjéktif/ mengikut pandangan serta perasaan sendiri; pandangan atau pendapat yg dipengaruhi oleh sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subyektif | (subyéktif) Id subjektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesubjektifan | keadaan yg subjektif: kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai estetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subjektiviti | (subjéktiviti) (sifat, sikap, dsb) yg subjektif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpolitik | mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subjektivitisme | (subjéktivitisme) faham atau kecenderungan yg menekankan bahawa pengetahuan, moral, persepsi dsb adalah subjektif dan relatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kriteria | (kritéria) ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu: penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~; mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut Affendi, ciri yg dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramalan(prediction) | Proses menganggar kewujudan keadaan atau suasana masa hadapan dengan agak-agak sahaja atau dengan menggunakan teknik lain yang subjektif. | Kamus Komputer |