kaca mata | a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus perkahwinan | kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca mata | a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segi | 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. | Kamus Pelajar |
global | 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segi | 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertolak | 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. bermula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, berpangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca | 1 benda yg hening dan keras tetapi mudah pecah (digunakan utk membuat jendela, dinding penyekat bilik di pejabat dll); gelas. 2 = ~ muka kaca yg dpt membalikkan cahaya atau bayang; cermin. ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta dsb. ~ mata a. alat yg dipakai utk membantu menerangkan penglihatan, utk bergaya dsb; cermin mata. b. pendapat; fikiran; (sudut) pandangan. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat melaluinya kelihatan besar. berkaca 1 ada kacanya; memakai atau menggunakan kaca: ~ mata memakai kaca mata. 2 melihat muka atau diri sendiri dlm kaca; bercermin. 3 = berkaca-kaca bersinar (bkn air, mata dll); berkilauan: Wajahnya jelita dan matanya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segi | 1. garis pd tepi dadu (kotak dll), sanding: batang pensel yg enam ~nya; kikir tiga ~; 2. garis pd tepi bidang, garis-garis yg menjadi pemidang (pd rajah, gambar rajah, dll), sisi: lukis sebuah rajah tiga ~ di dlm bulatan ini; 3. permukaan yg kecil-kecil (pd intan dll); 4. Id ruangan yg memanjang pd kertas, lajur, kolum; 5. ki pandangan terhadap sesuatu, sudut pandangan, aspek: dr ~ agama, suami-nya memang berhak beristeri lagi; bersegi ada seginya (sanding, sisi); betung bulat tak ~, pipit jantan tak bersarang prb orang yg bebas sekali hidupnya; persegi 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus | pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg berkaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |