riang I | sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajam mulut | suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembazir | orang yg suka membazir(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengecek | 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
altruisme | sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain drpd diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengabai | (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambang | 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sembarangan sahaja, rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat secara ~ drpd Kamus Dewan; rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~; merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagaikan mencari sesuatu dlm gelap; kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorong-sorong | tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ria I | 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll); ~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka; beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka; meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya? keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penokoh | orang yg suka mempermain-mainkan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |