akrobat | orang yg melakukan pertunjukan yg sukar-sukar yg memerlukan ketangkasan, kecekapan dan kepantasan gerak badan (spt melompat, meniti atau berbasikal di atas regangan tali). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akrobat | orang yg melakukan pertunjukan yg sukar-sukar yg memerlukan ketangkasan, kecekapan dan kepantasan gerak badan (spt melompat, meniti atau berbasikal di atas regangan tali dsb). | Kamus Pelajar |
tuntung I | hujung yg runcing (jarum, keris, dll): ~ keris; ~ lembing; spt mengadu ~ jarum prb menyatakan fikiran yg sukar-sukar itu terlalu susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bebel | Jk sukar mengerti, sukar belajar; ® bebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berat kepala | a) sukar mengerti, sukar belajar; b) susah hati; c) sakit kepala; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukar | menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. | Kamus Pelajar |
sembelit | sukar buang air besar, sukar ke sungai besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukar | 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah menempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sukar | 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulitkan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, kesusahan: ~nya makin bertambah; 2. menderita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukar | kesukaran | Kamus Pelajar |