Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
damai1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
damai1. tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2. tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1. berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2. bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan.Kamus Pelajar
ayat1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2.Kamus Dewan Edisi Keempat
spesifikasi(spésifikasi) butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) utk sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar dibekalkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
liat1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelap1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap.Kamus Dewan Edisi Keempat
goyah1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II.Kamus Dewan Edisi Keempat
air I1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebing­nya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garam­nya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) per­mukaan air; b) rupa muka (yg membayang­kan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pan­kreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembah­yang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama berme­s­yua­rat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucur­an atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadan­kan mengikut banyak sedikitnya pen­dapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi di­makan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih ba­rang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri per­gaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal di­­gunung­kan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyut­kan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat me­ma­dami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resam­nya sendiri); adakah dr telaga yg jernih me­ngalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendirian­nya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak mema­sukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb penga­jaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi mem­boros­kan wang itu); bagai minum ~ ber­cacing prb hal orang yg enggan disuruh me­nger­jakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditim­ba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ se­geluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb mencerita­kan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garamKamus Dewan Edisi Keempat
sulit1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; ter­sembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang di­temui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sulit1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas