tawaf sunat | sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat II | ; bersunat dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunat I | mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid, kita ~ memakai bau-bauan yg harum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunat rasul | khatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat II | = ~ rasul khatan; tukang ~ orang yg mengkhatankan, bengkong, mudin; bersunat = ~ rasul dikhatankan, masuk Jawi, bersuci: kata kawan-kawannya yg telah ~ di rumah sakit, doktor pakai ubat pelali dan tentunya tidak terasa apa-apa; menyunat memotong kulup, mengkhatankan; menyunati Jk = menyunatkan; menyunatkan, menyunatrasulkan mengkhatankan: aku menjalankan segala tugas orang tua sampai kpd ~nya; sunatan majlis (kenduri) berkhatan: pagi itu pagi ~ anak yg ketiga seorang kaya; anak ~ anak yg disunatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat I | hukum menggalakkan sesuatu perbuatan (dlm Islam) yg menjanjikan ganjaran pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan: berpuasa pd setiap hari Isnin dan Khamis atau pd hari Isnin, Khamis dan Jumaat hukumnya ~; puasa ~ puasa yg tidak diwajibkan (mis puasa enam dlm bulan Syawal dll); sembahyang ~ sembahyang yg tidak diwajibkan (selain sembahyang lima waktu); disunatkan dianjurkan mengerjakan sesuatu (tidak diwajibkan): sebelum ihram, ~ mandi dan sembahyang ihram dua rakaat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat II; bersunat | menyunatkan memotong kulup; mengkhatankan. | Kamus Pelajar |
sunat II; bersunat | dipotong kulupnya; masuk jawi; berkhatan. | Kamus Pelajar |
sunat I | disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: <i> Ketika pergi ke masjid kita ~ memakai bau-bauan yg harumi>. | Kamus Pelajar |
sunat I | mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): <i> puasa ~; sembahyang ~.i> | Kamus Pelajar |