sungguhpun | di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sungguhpun | meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungguhpun | di samping perkara itu... juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. | Kamus Pelajar |
lamun I | 1. (meskipun ...) tetapi: sungguhpun kajian Baron de Montesquier tentang parlimen England tidak berapa betul, ~ pendapatnya berkenaan perceraian kuasa-kuasa pemerintah tetap bernilai; 2. sungguhpun: ~ begitu, ia dipenjarakan juga; 3. sl asalkan, asal saja: apatah tuan tangiskan, ~ tuan sudi beribukan bonda, apatah salahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putarwali | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali, gasing-gasing, Tinospora tuberculata; sungguhpun ~ itu raja segala penawar tetapi pd kebanyakan selera ialah hamba segala makanan prb sungguhpun segala pengajaran yg baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meskipun | sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meskipun | sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalipun | walaupun; sungguhpun; meskipun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
namun | 1 sungguhpun; meskipun; walaupun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu kuberikan, ~ jangan juga aku kaubunuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meski | = meskipun sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |