senyap | 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri; senyap-senyap tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; bersenyap-senyap dgn diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dll); menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dsb): makanan yg diberikan itu ~ salakan anjing jirannya; kesenyapan perihal (keadaan dsb) senyap: penuturan perkataan itu dlm dua ujaran yg dipisahkan oleh ~; seseorang pengerusi yg putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sbg tanda bersetuju; penyenyap alat utk mengurangkan bunyi bising (pd ekzos enjin, senapang, piano, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap sunyi | = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunyi senyap | sunyi sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunyi senyap | sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunyi senyap | sangat sunyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunyi | 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa; 4. Ph rindu (akan); bersunyi, bersunyi-sunyi menjauhkan diri drpd orang ramai, mengasingkan diri, menyendiri: sengaja mereka pilih itu kerana mereka hendak ~-sunyi dan boleh berlamalama di situ; menyunyi ark menjadi sunyi (senyap, sepi); kesunyian 1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunyi | 1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunyi | kesunyian | Kamus Pelajar |
sunyi | 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. | Kamus Pelajar |
sunyi | 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. | Kamus Pelajar |