Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mempertahankan1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berepangtelah dipangkas atau dipotong supaya rata: Rambutnya yg ~ pendek mudah diurus. merepang memangkas supaya rata; memepat supaya rata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tagih II; menagih 1 meminta supaya menjelaskan hutang (yuran dll); men­­­desak supaya membayar: Tiap-tiap awal bulan, beliau datang ~ wang sewa rumah­nya. 2 menuntut supaya menunaikan janji dll. tagihan 1 hasil drpd menagih. 2 wang dll yg ditagih; tuntutan supaya menjelaskan atau me­nunaikan sesuatu. penagihan per­buatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menebarmembuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merepangmemangkas supaya rata; memepat supaya rata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
repangtidak tinggi rendah; rata (spt dipangkas); pepat: Giginya ~. berepang telah dipangkas atau dipotong supaya rata: Rambutnya yg ~ pendek mudah diurus. merepang memangkas supaya rata; memepat supaya rata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyengapkanmembuat supaya sengap; menengking dsb supaya diam; menyuruh diam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memahirkanmempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa InggerisKamus Pelajar Edisi Kedua
tebar/tébar/; bertebar bertabur; ber­serak. bertebaran bertaburan di sana sini; berhamburan; berserak-serak: Batang-batang mancis ~ di atas lantai. menebar membuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu. menebari menaburkan sesuatu pd; menghamburi. menebarkan 1 menaburkan sesuatu supaya berselerak: Ada yg ~ benih padi dan ada pula yg mencangkul. 2 melemparkan sesuatu supaya kembang: Jala yg ditebarkannya itu tersangkut pd kayu. tebaran hasil drpd menebarkan sesuatu; sebaran; taburan. penebaran perihal (perbuatan dsb) menebar atau menebarkan sesuatu. penebar orang yg menebar atau me­ne­barkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyendalbenda yg di­sisipkan pd sesuatu supaya ketat atau supaya tidak bergoyang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas