berpangkat-pangkat | bertingkat-tingkat, bersusun-susun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersusun-susun | terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matra(dimension) | 1. Saiz yang telah ditentukan bagi suatu susun atur. 2. Kenyataan dalam bahasa pengaturcaraan bagi mentakrif saiz suatu susun atur yang digunakan dalam atur cara. 3. Ukuran panjang bagi objek. 4. Salah satu permukaan satah dalam sistem grafik koordinat. Sinonim dimensi. | Kamus Komputer |
restung II | 1. sj tumbuhan (pokok renek), jelutung badak, susuk ayam, susun kelapa, Ervatamia corymbosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun kelapa, Ervatamia malaccensis; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, Ervatamia hirta; akar ~ a) sj tumbuhan (rizom), gadung seberang, ubat raya, Smilax china; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tongkat ali, Smilax myosotiflora. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun I | 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat, (se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk, tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~ sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturutturut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya; menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan keduadua belah tapak tangan spt hendak menyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (mengarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); menyusunkan menyusun sesuatu utk, mengaturkan; tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; penyusunan perihal menyusun: suatu kesempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkat | 1 lapis sesuatu benda (spt bangunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pangsa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 berpangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mempertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). tingkatan 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan perbuatan, hal dsb meningkat atau meningkatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susun atur | cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susun | longgok atau kumpulan yg teratur bertindih-tindih dgn rapi: Beberapa ~ pinggan mangkuk yg mahal tersimpan di dlm almari. ~ atur cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. bersusun 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. menyusun 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pasukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di percetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ kamus mengarang atau membuat kamus. tersusun sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. susunan 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. penyusunan perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn perkembangan bahasa hari ini. penyusun orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susun telu | tiga lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun lapis | pembahagian sesuatu kpd beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dsb: ~ sosial; bersusun lapis terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, lapisan dsb yg berlainan: orang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama ada dr segi status ataupun kelas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |