olahan | cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jadual | 1 susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jadual | 1. susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2. senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1. menentukan waktu utk membuat sesuatu:Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2. menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. | Kamus Pelajar |
aturan | 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangun II | 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikatan | 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
program | 1. rancangan yg menentukan dasardasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirih sesusun | Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubahan | 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bentuk | 1 lengkok atau kelok pd benda-benda yg melengkung: ~ busur; ~ taji. 2 penjodoh bilangan utk benda-benda yg berkelok, spt cincin: Dia membelikan anaknya se~ cincin emas. 3 potongan atau rupa sesuatu benda: Kereta ini ~nya spt kotak. 4 susunan dan gaya karangan: Ia melahirkan isi hatinya dlm ~ puisi. berbentuk mempunyai rupa atau bentuk; berupa: Mereka suka tinggal di rumah pangsa yg ~ spt rumah burung merpati. membentuk 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. terbentuk sudah dibentuk: Sebuah cawangan syarikat Syamelin telah ~ di kampung saya. pembentukan perbuatan atau hal membentuk: ~ syarikat kerjasama tsb telah mendapat sokongan drpd segenap penduduk kampung itu. pembentuk 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |