susur I | tepi, pinggir; ~ bantal tepi bantal pd lintangnya; ~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran; ~ kota tembok kota yg di luar sekali; ~ tangan tempat berpegang pd titian dll, selusur; ~ tangga tempat berpegang pd tangga, langkan; menyusur 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ araharah yg berbeza; menyusuri 1. menyusur: mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai; mereka berjalan ~ kaki lima; 2. ki mengikuti, meneliti: saya susuri ceramah beliau dgn hati-hati; susuran; ~ tangga susur tangga; penyusur; kapal ~ kapal yg menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur tangan | tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur pantai | tepi pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur-galur | susunan keturunan; salasilah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur bantal | bahagian tepi bantal pd lintangnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur | bahagian tepi atau bahagian pinggir sebelah luar. ~ bantal bahagian tepi bantal pd lintangnya. ~-galur susunan keturunan; salasilah. ~ pantai tepi pantai. ~ tangan tempat berpegang pd tangga (titian dll); selusur. menyusur 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. menyusuri menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. penyusur yg menyusur: kapal ~ pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susur galur | salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu); menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul; menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur batang | sj ikan darat, Rasbora einthoveni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur V | ; ~ batang sj ikan darat, Rasbora einthoveni. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur IV | Kl tidak jauh, dekat, hampir benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |