Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
susut1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susut I1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-­tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengu­rangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melain­kan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, menge­cilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau pernia­gaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, ke­merosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengu­rangkan, mengecilkan), pengecilan, pengu­rangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
susut nilai1 turunnya atau ber­kurangnya nilai sesuatu disebabkan faktor masa, mutu barangan dsb: ~ pd harta tetap dihitung dgn cara dan kadar tahunan. 2 merosot atau jatuh nilai sesuatu disebabkan oleh sesuatu faktor: Jika mata wang mereka ~, harga barangan mereka juga akan turun. menyusutnilaikan menjadikan atau menyebabkan sesuatu susut nilai: Tempoh lima tahun telah ditetapkan bagi ~ harta tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susut nilai1. (Eko) turunnya nilai barang modal spt mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus; 2. (Eko) jatuhnya nilai suatu mata wang dlm sebutan mata wang lain; 3. berkurang atau merosot nilainya (bkn barang, modal dsb): mesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun; menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dsb susut nilai: mereka perlu meng­anggarkan berapa tahun utk ~ harta syarikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
susut(decrement)1. Tindakan mengurangkan nilai sesuatu kuantiti mengikut jumlah yang ditetapkan. 2. Nama suruhan yang perlu digunakan bagi mengarahkan komputer untuk menyusutkan sesuatu nilai.Kamus Komputer
susut 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): <i> Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. i>Kamus Pelajar
mengecutkan1 menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2 menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengecutkan1. menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: <i>Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera.i> 2. menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan.Kamus Pelajar
seruh I1. kecut atau kempis (bisul, bengkak, dll), susut kerana mendap dll (beras dlm karung dll); 2. Kd pucat lesi (spt orang baru betah drpd demam).Kamus Dewan Edisi Keempat
centet (centét)Jk 1. menjadi kecil (pendek dll), menyentap, susut; 2. menjimatkan, menghematkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas