syahbandar | pegawai negeri yg mengurus hal ehwal pelabuhan; kepala pelabuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syahbandar | pegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahbandar | pegawai negeri yg mengurus hal-ehwal pelabuhan; kepala pelabuhan. | Kamus Pelajar |
kemendur laut | syahbandar, pembesar pelabuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima pangkalan | ark syahbandar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paltu | sl pembantu (penolong, wakil) utk sementara: ~ syahbandar; ~ dol tiang layar sementara; ikat ~ ikat yg sementara sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemendur | IB 1. pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus pemerintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komendur | IB 1. ketua pasukan, komander; 2. pegawai yg mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar; 3. pegawai yg mengetuai daerah, pegawai daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima | 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menyelenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerjaan | 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |