Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.rat] | شرط

Definisi : 1. tuntutan (permintaan) yg mesti dipenuhi, jaminan, janji: jika orang yg meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yg telah dipersetujui dahulu dibatalkan; 2. segala yg diperlukan (utk mencapai sesuatu yg di­maksudkan dll): ~ yg paling mustahak utk menamatkan perselisihan itu ialah kema­huan dan kesediaan utk berselesai; 3. ke­tentuan (rukun, peraturan, dll) yg mesti dipatuhi: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yg diwajibkan atas seorang Islam? 4. bayaran (barang dll) yg perlu kpd guru silat (bomoh dll); ~ mutlak syarat yg tidak boleh tidak dipenuhi; bersyarat ada syaratnya, dgn syarat, (dgn) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sbg) syarat: dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu; mensyaratkan menuntut (meminta) sbg syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sbg) syarat: PBB telah ~ bahawa negara anggota yg tidak membayar hutang sampai tiga tahun dgn sendirinya akan gugur haknya utk mengundi; pensyaratan proses mengenakan syarat: pelbagai disiplin memerlukan ~ yg lain pd ciri sosiologi sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.rat] | شرط

Definisi : 1 apa-apa yg mesti dipatuhi utk mengesahkan sesuatu: Bagaimana engkau bersembahyang jika engkau tidak mengetahui ~-~ sembahyang? 2 segala sesuatu yg perlu atau yg harus ada utk mencapai sesuatu tujuan: ~-~ utk memohon jawatan itu ialah ijazah B.A. (Hons) serta berpengalaman lima tahun dlm bidang tsb dan berbadan sihat. bersyarat ada (syarat-)syaratnya: tidak ~ tidak dgn janji. mensyaratkan menjadikan sesuatu sbg syarat; mem­berikan (mengenakan) syarat: Kerajaan ~ supaya semua pengusaha mengambil pekerja dr segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syarat (kata nama)
Bersinonim dengan tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan;,
Kata Terbitan : bersyarat,

Peribahasa

Pahit dulu,
     manis kemudian.

Bermaksud :

Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mengendurkan syarat-syarat yg dikenakanmelonggarkan syarat-syarat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kontrak1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepenti­ngan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepen­tingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
nikah takliknikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
mustahiltidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
polisi insuransdokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans.Kamus Dewan Edisi Keempat
memorandum(mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang se­suatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat).Kamus Dewan Edisi Keempat
sekolah liarId sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan);Kamus Dewan Edisi Keempat
mustahiltidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil.Kamus Pelajar
sekolah liarId sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
seleweng /seléwéng/; menyeleweng2 tidak menurut syarat-syarat dll yg telah ditentukan; menyimpang drpd tujuan yg sebenarnya: Ketika kita berbincang ttg hal itu, kita tidak harus ~ kpd perkara-perkara lain.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas