tabib | orang yg ahli dlm ilmu perubatan dan cara mengubati penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabib | orang yg ahli dlm hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun); ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit; ketabiban 1. ilmu perubatan (kedoktoran); 2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabib | orang yg ahli dlm ilmu perubatan dan cara mengubati penyakit. | Kamus Pelajar |
ilmu tabib | pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bomoh | tabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singse | (singsé) C tabib (dukun) Cina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerabat I | Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberangsangkan | 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menasak | menghentikan darah keluar (dr luka) dgn ubat tasak: maka ditasaknya luka itu oleh tabib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerahkan | memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |