Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabik
Kata Terbitan : menabik,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tabik1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demi­kian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. per­buatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan se­suatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita me­minta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm per­cam­pur­an itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hor­mat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengangkat1. menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2. mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3. menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas.Kamus Pelajar
menabik1. memberi salam; 2. memberi hor­mat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
pentas1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkat; ~ bakul (diri) suka memuji diri sendiri. ~ berat (besi) olahraga atau acara mengangkat besi yg berat-berat. ~ kaki a. pergi meninggalkan sesuatu tempat. b. melarikan diri. ~ muka a. berani menentang atau melawan. b. berani mengemukakan pendapat kerana ada alasannya. ~ tangan a. mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. b. mengangkat sebelah tangan ke atas utk menunjukkan diri. ~ topi menaruh hormat kpd; berasa kagum terhadap. berangkat mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. keberangkatan hal berangkat; berangkatnya: ~ beliau ke daerah itu telah dirahsiakan kerana sesuatu sebab. mengangkat 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas. ~ wuduk menyucikan diri drpd hadas kecil; mengambil air sembahyang. angkatan 1 = ~ perang segenap peralatan perang serta orang-orangnya; bala tentera: ~ darat (laut, udara). 2 kumpulan orang yg dikirim (pergi) ke sesuatu upacara dsb. pengangkatan perbuatan atau hal mengangkat (seseorang ke sesuatu jawatan dll); pelantikan. pengangkat 1 alat utk mengangkat. 2 orang yg mengangkat. 3 orang yg suka memuji-muji; pengampu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
minta1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkat1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minum­an; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberang­katkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (ber­tolak), berangkatnya: dia pergi tanpa mem­beritahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkat~ bakul (diri) suka memuji diri sendiri. ~ berat (besi) olahraga atau acara mengangkat besi yg berat-berat. ~ kaki. a. pergi meninggalkan sesuatu tempat. b. melarikan diri. ~ muka. a. berani menentang atau melawan. b. berani mengemukakan pendapat kerana ada alasannya. ~ tangan a. mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. b. mengangkat sebelah tangan ke atas utk menunjukkan diri. ~ topi menaruh hormat kpd; berasa kagum terhadap. berangkat mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. keberangkatan hal berangkat; berangkatnya: ~ beliau ke daerah itu telah dirahsiakan kerana sesuatu sebab. mengangkat 1. menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2. mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak 3.menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas. angkatan 1. = ~ perang segenap peralatan perang serta orang-orangnya; bala tentera: ~ darat (laut, udara). 2. kumpulan orang yg dikirim (pergi) ke sesuatu upacara dsb. pengangkatan perbuatan atau hal mengangkat (seseorang ke sesuatu jawatan dll); pelantikan. pengangkat 1. alat utk mengangkat. 2. orang yg mengangkat. 3. orang yg suka memuji-muji; pengampu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas