tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadi | 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang berjumpa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebutkan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesan | 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. | Kamus Pelajar |
cam | dpt mengenali sesuatu yg pernah dilihat atau sesuatu bunyi yg pernah didengar: Saya tidak ~ siapa orang muda yg datang tadi. mengecamkan 1 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; mengamat-amati: Engkau hendaklah ~ apa-apa yg telah engkau baca itu. 2 mengingat kembali; meyakini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
langgar I | ; berlanggar berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. langgaran rempuhan. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ngeri | (berasa) takut kerana melihat atau mendengar sesuatu yg menakutkan; seram: ~ saya melihat mayat itu. mengerikan mendatangkan atau menimbulkan rasa ngeri; menyeramkan; menakutkan: Satu kemalangan jalan raya yg ~ telah berlaku di Johor subuh-subuh tadi. kengerian 1 keadaan (hal dll) ngeri; keseraman. 2 berasa ngeri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merepet | 1. berleter, mengoceh, meracau: sejak tadi lagi perempuan tua itu ~; 2. mengigau, meracau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lajak | 1 gerakan sesudah dihentikan: Sesudah dibrek, basikal itu masih berjalan kerana ~ lajunya tadi. 2 cepat (ttg pergerakan); lekas; pantas. terlajak 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. 2 lancang mengeluarkan kata-kata; lepas mulut: ~ kata buruk padahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersambut | 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |