tafakur | Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan cipta; bertafakur 1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur; mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya); tafakuran sesuatu yg ditafakurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tafakur | bertafakur menumpukan segenap perhatian dan fikiran kpd sesuatu; mengheningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur. | Kamus Pelajar |
tafakur | hal atau perbuatan menumpukan perhatian dan fikiran kpd sesuatu. | Kamus Pelajar |
tafakur | hal atau perbuatan menumpukan perhatian dan fikiran kpd sesuatu. bertafakur menumpukan segenap perhatian dan fikiran kpd sesuatu; mengheningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menung | ; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~; memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya; termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu; menungan, kemenungan tafakur, renungan; permenungan perbuatan bermenung: bila-kah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda? pemenung orang yg suka bermenung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertafakur | menumpukan segenap perhatian dan fikiran kpd sesuatu; mengheningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menungan, kemenungan | tafakur, renungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi | (spékulasi) 1. perenungan, tafakur; 2. pendapat (kesimpulan, dugaan, dll) yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta; 3. perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dll) dgn harapan utk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko besar pula; berspekulasi membuat spekulasi: saya tidak ingin ~ lebih lanjut lagi; penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekur | merenungkan, memikirkan; ®tafakur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekur | ; memekur merenungkan, memikirkan; ®tafakur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |