tahanan reman | a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia pernah dikenakan ~ berhubung dgn kesalahan yg dilakukannya. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahanan | 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahanan | 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahanan | 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. | Kamus Pelajar |
tahanan | 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. | Kamus Pelajar |
reman | /réman/; tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan kesalahan jenayah, atau menghantar balik seseorang ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman hingga kes mereka disebut semula di mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wadar | pegawai yg mengawal orang tahanan di penjara, pegawai penjara, pengawal orang tahanan di penjara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahanan reman | a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melepaskan | 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seteling | (setéling) IB, bp 1. kedudukan pertahanan (tentera), tempat bertahan dan melancarkan gerakan, segala kelengkapan pertahanan dlm gerakan tentera; 2. menyusun kedudukan utk melancarkan gerakan dll; menyeteling bp 1. mengatur kedudukan pertahanan (tentera), bertahan pd suatu tempat; 2. melakukan serangan dll, mengepung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |