Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiada tahu menari,
     dikatakan lantai jungkang-jungkit.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).

 

Lihat selanjutnya...(9)

10

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari dikatakan tanah lembap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tahu diri= ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedar1 tahu akan keadaan yg se­benarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat men­jadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedar1 tahu akan keadaan yg sebenarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung.Kamus Pelajar
harga1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) meng­ambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg meng­hendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenar­kan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentu­kan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harga­nya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jual­annya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan peng­hor­matan (pujian, sanjungan, dsb), meng­anggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
membolosJk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
bolos IIJk 1. tidak masuk sekolah (kerja dll): sudah dua hari ia ~ tetapi orang tuanya tidak tahu; 2. melepaskan diri, melarikan diri: dgn kawalan semacam ini, seorang tahanan pun tidak dapat ~;membolosi menembusi: apabila negara dicerobohi dan dibolosi pengaruh-pengaruh luar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenaltahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang: Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul: Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka adalah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kenaltahu sedikit banyak ttg diri seseorang; pernah bersahabat atau pernah berjumpa dgn seseorang:Saya tidak ~ akan orang itu. ~-~ Cina baru kenal dan belum mesra lagi. berkenalan bersahabat; bercampur; bergaul:Saya sudah lama ~ dgn dia. berkenal-kenalan melakukan sesuatu supaya kenal antara satu dgn yg lain: Kedatangan mereka ialah utk ~ dgn kita. mengenal tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui:Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. mengenali mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam:Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. memperkenalkan 1. memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan:Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2. memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. terkenal diketahui umum; termasyhur; ternama:Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. kenalan orang yg sudah dikenal; sahabat. perkenalan perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. pengenalan perihal (perbuatan) kenal atau mengenali: Pd masa dahulu, ~ sesuatu kaum adalah mengikut kegiatan ekonomi mereka.Kamus Pelajar
kenal1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak sedar (sedarkan) diria) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas