Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tajam1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
garit Ikesan drpd membuat garis dgn menggunakan sesuatu yg tajam; kesan menggariskan sesuatu yg tajam. bergarit mempunyai garit; terdapat garit. menggarit membuat garit pd sesuatu dgn benda tajam. menggaritkan 1 membuat atau melukis corak dgn menggarit: Corak yg mudah biasanya digaritkan terus pd keping logam itu. 2 menggunakan sesuatu yg tajam utk membuat garit; membuat garit dgn sesuatu yg tajam: Dia ditegur kerana ~ dawai itu pd meja tulis. penggarit alat yg tajam drpd logam, kayu dll yg digunakan utk membuat garit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerucup1. sj rumput yg tajam-tajam sarung buahnya (bunganya), kemuncup, Chrysopogon aciculatus; 2. runcing, tajam, lancip; mencerucup bercerancangan, mencuar-cuar tajam.Kamus Dewan Edisi Keempat
cium; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium.Kamus Dewan Edisi Keempat
awas1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencatuk1. mematuk (memagut) dgn muncung atau paruh: budak itu dicatuk ular; 2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dll) dgn hujung benda yg tajam: ~ batang getah; jangan dicatuk dgn yg tajam, cencang dgn yg majal prb menasihati orang jangan dgn perkataan yg tajam-tajam, tetapi dgn lembut dan berulang-ulang kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
catuk I; mencatuk 1. mematuk (memagut) dgn muncung atau paruh: budak itu dicatuk ular; 2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dll) dgn hujung benda yg tajam: ~ batang getah; jangan dicatuk dgn yg tajam, cencang dgn yg majal prb menasihati orang jangan dgn perkataan yg tajam-tajam, tetapi dgn lembut dan berulang-ulang kali.Kamus Dewan Edisi Keempat
judesJk 1. tajam mulut, suka mem­fitnah; 2. lekas marah, bengis.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacak1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
telik(Sunda) ark 1. tajam pelihatannya, awas; 2. = penelik mata-mata gelap, pengintip, penyuluh;menelik memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas