tak payah | tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
basuh | cuci, kumbah: air basuh tangan; naik basuh kaki = tak payah basuh kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan senang;membasuh 1. membersihkan sesuatu dengan air, mencuci: basuh kain; basuh beras; 2. ki menjadikan tidak ada lagi (kenangan pahit, kekejian, malu, dan sebagainya), mencuci: basuh dosa dengan meminta ampun kepada Tuhan; 3. bp memarahi dan meleteri seseorang: aku basuh dia cukup-cukup tadi; 4. menghapuskan, menyapu bersih: basuh orang yang antiperpaduan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecut | 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecut | cambuk, cemeti; memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; kepecutan kepantasan memecut; pemecutan perihal (perbuatan dsb) memecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaduh III | Kd bersusah payah: tak usah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak perlu | tidak mesti, tidak payah, tak usah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payah | 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (merundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, menjadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payah | 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlu | 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepentingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payah | 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~ bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. | Kamus Pelajar |