takbiratulihram | takbiratulihram Ar ucapan takbir “Allahuakbar” sambil mengangkat kedua-dua belah tangan hingga ke paras telinga pd permulaan sembahyang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takbiratulihram | takbir yg dilafazkan pd permulaan sembahyang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
doa iftitah | doa yg sunat dibaca selepas takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dlm sembahyang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iftitah | Ar pembukaan (permulaan): doa ~ doa yg sunat dibaca selepas takbiratulihram (sebelum membaca surah al-Fatihah dlm sembahyang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembahyang | 1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. 2 (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan; doa. ~ berjemaah sembahyang mengikut imam. ~ fardu (lima waktu) sembahyang yg diwajibkan dlm sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. ~ hajat sembahyang khas utk memohon sesuatu kpd Tuhan. ~ jenazah (mayat) sembahyang utk orang mati. ~ Jumaat sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah, pd hari Jumaat pd waktu zuhur. ~ raya sembahyang khas kerana memuliakan hari raya. ~ sunat segala jenis sembahyang yg tidak diwajibkan tetapi digalakkan melakukannya. ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya). ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan. ~ witir sembahyang sunat yg bilangan rakaatnya ganjil dan dilakukan antara solat Isyak hingga waktu subuh. bersembahyang melakukan sembahyang mengikut syarat atau mengikut cara tertentu: Selepas ~ maghrib, kami anak-beranak pun terus makan. menyembahyangkan melakukan sembahyang utk: ~ mayat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembahyang | 1 (dlm agama Islam) ibadat yg terdiri drpd niat, beberapa perbuatan dan bacaan yg dimulakan dgn takbiratulihram dan disudahi dgn salam; solat: ~ zuhur. | Kamus Pelajar |